Laporan Risikan | Peguam Ahmad Zahid akan buat laporan polis

2022-04-20 0

Satu laporan polis akan dibuat oleh pihak peguam yang mewakili Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkenaan dengan laporan risikan pemimpin Pas seperti yang tular di media sosial pada Rabu.

Memetik laporan The Star, peguam utama Ahmad Zahid, Hisham Teh Poh Teik berkata dokumen risikan yang didakwa dikarang jawatankuasa pusat Pas itu menimbulkan kesulitan kepada pihaknya dan mengakui terkejut berkenaan perkara berkenaan.